loading...

Wanita didakwa tipu RM1 juta

Wanita didakwa tipu RM1 juta

10/03/2016 1:48pm


SEREMBAN - Seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan penipuan dalam urusan pelaburan tukaran wang asing (forex) membabitkan kerugian berjumlah RM1 juta, lima tahun lalu.

Tertuduh, Norhuda Mahat, 55, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa menerima wang tunai RM1 juta itu daripada mangsa, Nor Latifah Harun, 50, di sebuah bank di sini antara 7 Januari hingga 10 Januari 2011 sebagai urusan pelaburan Islamic Forex Trading yang tidak wujud.

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah Ab. Rashid mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun, sebat dan denda.

Norhuda yang diwakili peguam Nor Azri Mohd Arif dilepaskan dengan jaminan RM100,000 dengan dua penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan.

Hakim menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 11 April depan - K! ONLINE

Post a Comment

0 Comments